HELLO SEMUA!
Hehehe, yeay, akhirnya habis juga buat susunan blog ini! Alhamdulilah! Hehehe.
Okey lah, sebenarnya blog ini bukan idea saya (saya pasti korang semua dah tahu eh siapa ni) tapi idea DEWI. Jadi kalau blog ini mati ke hidup ke entah apa ke jangan salahkan saya pula eh!
Oleh kerana blog ini bukan macam kerja rumah ke apa, boleh jugalah pakai bahasa pasar eh. Kalau pakai -- oops, gunakan bahasa baku sahaja kan nanti kami semua beku. Apa saja eh. Maaflah saya suka merepek.
Blog ni pun juga boleh digunakan untuk pengumuman apa sahaja. Tapi mungkin kalau blog ini tidak terkenal sangat, saya cadangkan kamu jangan buat pengumuman penting di sini. Tapi kalau Cg Roziyah macam nak gunakan blog ini juga boleh ah. Cikgu kita rock kan! Heheh.
Oh, dan kalau korang nak username dengan password untuk blog ini, tanya je lah saya atau Dewi okey? Makasih.
Salam sejahtera,
Upin atau Ipin.